Followers

Tuesday 16 March 2010

pEnGaLaMaN yAnG mEnDeWaSaKaN

Alhamdulillah, proses mengubah suai blog telah selesai. berkat dari kesabaran saya selama ini. jalur lebar telah benar-benar merubah hidup saya. sebelum ini saya telah terlebih dahulu diperkenalkan kepada blogger oleh seorang rakan. pada mulanya saya kurang berminat kerana saya tidak tahu cara menggunakanya tapi terdetik di hati saya jikalau tak di gunakan, bagaimana nak pandai. lama-kelamaan saya makin mahir menggunakannya. gambar di atas adalah blog saya sebelum ini, masih aktif. saya dapat berkongsi masalah, suka duka kehidupan serta memori-memori yang pernah terpahat dalam hidup saya untuk di kongsikan kepada umum. hari demi hari pengikut blog saya makin bertambah. dengan adanya pengalaman mencipta blog sebelum ini, maka mudahlah saya untuk mencipta blog bagi pertandingan ini. semuanya atas kelebihan jalur lebar. diharap blog ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada anda semua :)

abcdefan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment