Followers

Friday 19 March 2010

pErTaNyAaN dEmI pErTaNyAaN

Ape itu formspring.me? mungkin ramai masih tak mengetahui ape sebenarnye formspring.me ini. saya menggunakan perisian ini sejak sebulan yang lalu. agak seronok menggunakannya kerana pelbagai pertanyaan atau persoalan boleh diajukan kepada sesiapa. web ini juga tidak kompleks seperti web-web yang sedia ada. web ini begitu mesra pengguna dan begitu mudah untuk saya mengendalikannya. say juga seronok bertanyakan pelbagai soalan kepada rakan saya. kadang-kadang mereka sendiri boleh tahu siapa yang bertanya. jadi, saya syorkan kepada semua cuba menggunakan web ini, www.formspring.me.com

formspring.me/abcdefan

Wednesday 17 March 2010

hAsiL kErJa !


Sejak tahun 2006 lagi saya sudah di dedahkan dengan perisian yang boleh mengubah suai gambar mengikut kesukaan kita. banyak perisian-perisian yang sudah saya cuba.antaranya ialah Photoshop, Photostudio, dan yang paling terbaru ialah Picnik. melalui perisian ini, saya dapat menghilangkan jerawat-jerawat kecil yang ada di muka saya, meletakkan kesan-kesan khas dan tulisan2 yang menarik. boleh di katakan kebanyakan gambar yang ingin saya masukkan dalam laman web perlu saya ubah terlebih dahulu. saya juga turut mengubah gambar untuk dijadikan header blog ini. mungkin tak berapa menarik tapi saya telah mencuba. sekali lagi jalur lebar telah memperkenalkan saya dengan perisian-perisian yang menarik untuk saya gunakan.

Tuesday 16 March 2010

pEnGaLaMaN yAnG mEnDeWaSaKaN

Alhamdulillah, proses mengubah suai blog telah selesai. berkat dari kesabaran saya selama ini. jalur lebar telah benar-benar merubah hidup saya. sebelum ini saya telah terlebih dahulu diperkenalkan kepada blogger oleh seorang rakan. pada mulanya saya kurang berminat kerana saya tidak tahu cara menggunakanya tapi terdetik di hati saya jikalau tak di gunakan, bagaimana nak pandai. lama-kelamaan saya makin mahir menggunakannya. gambar di atas adalah blog saya sebelum ini, masih aktif. saya dapat berkongsi masalah, suka duka kehidupan serta memori-memori yang pernah terpahat dalam hidup saya untuk di kongsikan kepada umum. hari demi hari pengikut blog saya makin bertambah. dengan adanya pengalaman mencipta blog sebelum ini, maka mudahlah saya untuk mencipta blog bagi pertandingan ini. semuanya atas kelebihan jalur lebar. diharap blog ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada anda semua :)

abcdefan.blogspot.com

Monday 15 March 2010

sAmBuTaN hAnGaT !

Saya merasakan pertandingan mencipta blog ini mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan pelajar SBP Integrasi Pekan. saban hari, bilik komputer sekolah sarat dengan pengunjung yang ingin menyertai pertandingan tersebut termasuklah diri saya sendiri. bagi saya pertandingan sebegini harus di adakan dengan lebih kerap kerana dapat melebarkan sayap para pelajar seluruh Malaysia ke arah teknologi moden pada masa kini.

Di bawah inilah persekitaran bilik komputer SBP Integrasi Pekan. di samping mempunyai infrastruktur yang lengkap, bilik ini juga luas dan selesa. persekitaran seperti ini lebih memudahkan saya untuk mengemas kini blog saya. jalur lebar bukan sahaja saya dapat layari di rumah malahan saya telah dapat melayarinya hanya di sekolah yang lebih menghiburkan bersama sahabat handai.





Sunday 28 February 2010

mYsPaCe !

ade ape dengan myspace ? persoalan demi persoalan timbul pada awal kemunculan web ini.pada awalnya kawan saya yang mencadangkan untuk menggunakan web ini.tetapi saya tidak berminat.alasannya tak pandai ! namun lama-kelamaan timbul rasa ingin tahu.saya terus membuka web www.myspace.com.satu demi satu langkah saya mulakan akhirnya dapat juga web ini saya gunakan.kata orang tak kenal maka tak cinta.makin lama saya gunakan myspace, makin kerap saya menggunakannya.banyak perubahan yang dapat perolehi.

daripada seorang yang jarang menggunakan internet kepada seorang yang menjadikan internet teman di kala bosan.myspace sentiasa mengisi ruang kelapangan saya tanpa jemu.kawan-kawan baru dari serata malaysia dan dunia.dari menjadi rakan di jalur lebar, akhirnya menjadi sahabatyang paling akrab.

ini afiq.saya dengan dia memang akrab sangat2.sampaikan kami menggelarkan kami kembar sebab terlalu banyak persamaan dalam diri kami.


ini arm.kami sudah kenal dalam 2 tahun hanya melalui myspace.kami juga pernah bertemu semasa kami bercuti di cameron highlands.persahabatan kami telalu rapat sehinggakan kami tak mahu berenggang sekali pun.

nama si pemilik gambar di atas ialah eff.dialah sahabat suka duka saya.dia selalu panggil saya petapa tapi sampai sekarang saya masih tak tahu ape motifnya.walau apa pun, dia tetep sahabat yang akrab bagi saya.

azim, sahabat saya sejak tingkatan 3 lagi.sahabat yang sering berkongsi masalah, suka duka dan liku-liku kehidupan.

yang terakhir, jimi.dia memang seorang kawan yang sempoi aja.sebab itu saya dan dia sentiasa rapat sebab fikiran kami sama.

oleh itu, saya sarankan agar lebih ramai remaja yang melayari web myspace kerana myspace adalah medan sosial yang tidak terlalu keterlaluan dan selamat untuk digunakan bagi semua lapisan masyarakat di malaysia.

Wednesday 24 February 2010

fAkTa !

hasil analisis yang dilakukan, 3 laman web sosial yang popular di beberapa negara yang terletak di seantero dunia telah di senaraikan :

australia
- facebook, myspace, twitter -

kanada
- facebook, myspace, flickr -

china
- qq, xiaonei, 51 -

perancis
- facebook, studiVZ, myspace -

india
- facebook, orkut, hi5 -

itali
- facebook, netlog, badoo -

russia
- vkontakte, odnoklassniki, mail.ru -

sepanyol
- facebook, tuenti, fotolog -

united kingdom
- facebook, bebo, myspace -

amerika syarikat
- facebook, myspace, twitter -

kesimpulannya,3 laman web sosial yang paling popular dan kerap di lawati penduduk seluruh dunia tidak kira tempat, masa ataupun waktu ialah.....

1) facebook

2) myspace


3) twitter

mUkAdDimAh


indah nian Kampung Semarak,
terasa tenang hatiku ini,
namun ku rasakan tidakkan tercorak,
hidupku tanpa teknologi terkini.

cerita hikayat sang kura-kura,
di kala bosan menjadi peneman,
karya ku karang peganti bicara,
untuk tatapan para teman.

orang India memakai sari,
orang Melayu menyarung kebaya,
sebelum diriku mengundurkan diri,
jemputlah datang menjamu mata.