Followers

Friday 19 March 2010

pErTaNyAaN dEmI pErTaNyAaN

Ape itu formspring.me? mungkin ramai masih tak mengetahui ape sebenarnye formspring.me ini. saya menggunakan perisian ini sejak sebulan yang lalu. agak seronok menggunakannya kerana pelbagai pertanyaan atau persoalan boleh diajukan kepada sesiapa. web ini juga tidak kompleks seperti web-web yang sedia ada. web ini begitu mesra pengguna dan begitu mudah untuk saya mengendalikannya. say juga seronok bertanyakan pelbagai soalan kepada rakan saya. kadang-kadang mereka sendiri boleh tahu siapa yang bertanya. jadi, saya syorkan kepada semua cuba menggunakan web ini, www.formspring.me.com

formspring.me/abcdefan

Wednesday 17 March 2010

hAsiL kErJa !


Sejak tahun 2006 lagi saya sudah di dedahkan dengan perisian yang boleh mengubah suai gambar mengikut kesukaan kita. banyak perisian-perisian yang sudah saya cuba.antaranya ialah Photoshop, Photostudio, dan yang paling terbaru ialah Picnik. melalui perisian ini, saya dapat menghilangkan jerawat-jerawat kecil yang ada di muka saya, meletakkan kesan-kesan khas dan tulisan2 yang menarik. boleh di katakan kebanyakan gambar yang ingin saya masukkan dalam laman web perlu saya ubah terlebih dahulu. saya juga turut mengubah gambar untuk dijadikan header blog ini. mungkin tak berapa menarik tapi saya telah mencuba. sekali lagi jalur lebar telah memperkenalkan saya dengan perisian-perisian yang menarik untuk saya gunakan.

Tuesday 16 March 2010

pEnGaLaMaN yAnG mEnDeWaSaKaN

Alhamdulillah, proses mengubah suai blog telah selesai. berkat dari kesabaran saya selama ini. jalur lebar telah benar-benar merubah hidup saya. sebelum ini saya telah terlebih dahulu diperkenalkan kepada blogger oleh seorang rakan. pada mulanya saya kurang berminat kerana saya tidak tahu cara menggunakanya tapi terdetik di hati saya jikalau tak di gunakan, bagaimana nak pandai. lama-kelamaan saya makin mahir menggunakannya. gambar di atas adalah blog saya sebelum ini, masih aktif. saya dapat berkongsi masalah, suka duka kehidupan serta memori-memori yang pernah terpahat dalam hidup saya untuk di kongsikan kepada umum. hari demi hari pengikut blog saya makin bertambah. dengan adanya pengalaman mencipta blog sebelum ini, maka mudahlah saya untuk mencipta blog bagi pertandingan ini. semuanya atas kelebihan jalur lebar. diharap blog ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada anda semua :)

abcdefan.blogspot.com

Monday 15 March 2010

sAmBuTaN hAnGaT !

Saya merasakan pertandingan mencipta blog ini mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan pelajar SBP Integrasi Pekan. saban hari, bilik komputer sekolah sarat dengan pengunjung yang ingin menyertai pertandingan tersebut termasuklah diri saya sendiri. bagi saya pertandingan sebegini harus di adakan dengan lebih kerap kerana dapat melebarkan sayap para pelajar seluruh Malaysia ke arah teknologi moden pada masa kini.

Di bawah inilah persekitaran bilik komputer SBP Integrasi Pekan. di samping mempunyai infrastruktur yang lengkap, bilik ini juga luas dan selesa. persekitaran seperti ini lebih memudahkan saya untuk mengemas kini blog saya. jalur lebar bukan sahaja saya dapat layari di rumah malahan saya telah dapat melayarinya hanya di sekolah yang lebih menghiburkan bersama sahabat handai.